Dapur My Family

Ayam Goreng Serai Wangi

0
Hari ni yd nak share satu resepi mudah n sedap kat korang .Rasa resepi ni ala-ala tom yam gitu . Kalu dok caye cu tra wat,hehehe... ha kan dah speaking ganu tuuu , Resepi ni sebenarnya kalau nak kerasaanya betul2 cam masakan orang siam kalian kenalah guna perencah yang dalam tin tu , kalau guna yang dalam pek tu rasanya masam sikit n rasanya pun lain,ada kureng sikit. Kalu dok caye cu tera wat hihihi........


Haaa... cu tengok kat gambo ni , ni yd guna perencah dalam botol keluaran adabi punya  .Rasanya tetap tak sama, nak perencah kat dalam tiiiiiiiin jugak eeeeeee.......... geramnya yd .Pe pun moh layan resepi....

BAHAN-BAHAN:-
  1. 1 ekor ayam sederhana besar.-potong kecil2
  2. 2 batang serai -hiris halus2
  3. 1 kuntum bunga kantan -hiris halus2
  4. 10 biji cili padi -hiris halus( yd + 5 biji lagi)
  5. 1 labu bawang besar -hiris halus..
  6. 2 ulas bawang putih -hiris halus.
  7. .2 sudu besar pes tomyam.( yd letak 3 sudu sebab yd punya berkuah sikit,resepi asal sedikit kering ,ampun ya tuan punya resepi )
  8. 60 ml air.
  9. 1 camca teh madu ( + sikit lagi pun boleh, ikut citerasa sendiri )
  10. 11/2 camca besar mayonis.
  11. 3 helai daun limau purut.
  12. Minyak masak.

BAHAN PERAP:-
  1. 2 sudu besar sos tiram.
  2. 1 biji telur saiz kecil.( di pukul sedikit. )
  3. 1 sudu kecil garam.
  4. 3 camca tepung jagung.
   
CARA-CARA:-
  1. Cuci bersih ayam n toskan sekejap.
  2. Campurkan semua bahan perap ,gaul rata n masukan ayam tadi ,mandikan ayam tu ngan bahan perapan .perap selama 15 minit.
  3. Panaskan minyak goreng terendam ayam perap tadi .goreng sedikit garing ,ketepikan .
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis serai ,bunga kantan ,cili padi n pes tom yam hingga wangi. Masukan air , madu n ayam yang dah di goreng tadi. Kacau rata n seimbangkan rasanya.
  5. Tutup api  masukan mayonis n daun limau purut .

*Sebenarnya yd dah seleweng sikit tang kuahnya, almaklumlah anak bujang yd ni suka kuah banyak .kalau masak kering nanti tunggang langgang mangkuk tu di sondolnya ngan sudu, nak tiru leeeh apa salahnya janji lauk tu tetap sodap peeeh gituuuu

Terima kasih pada yang empunya resepi. resepi asal dari chef wan dan yd cedok dari blog yatiememories. Makaceh yatie .I love so much 

0 comments: