..Hai.... Assalamualaikum ..selamat sejahtera pada semua .Mata yd masih tak ngantuk lagi . Jam dah pukul 121/2 nak nonton tv tak de cite yg menarik .meh layan resepi ngan yd nak ? . dah lama yd nak cuba resepi nasi mandy ni .Setiap kali yd google resepi nasi mandy kat blog2 masakan semuanya bilang sodaaap nasi ni sampai meleleh air liur yd .Eeeee..... Tak boleh jadi ni ,yd nekad nak cuba jugak nasi ni. So jumaat lepas yd pun terbang lah kejap ke bandar Trg . Kat kg memang tak de nye bahan begini bagai.
Ingatkan nak godeklah segera ,tak dapat lagi nak menggodek ,tengah berkira-kira tpon berdering .
waduuuuh....ada tempahan . Almaklumlah yd ni adalah sikit2 bisnes kecil -kecilan .Terpaksalah yd abaikan buat sementara waktu.
Alahai panjang pulak celoteh yd ,,ni misti you all menyampah kan? meh lah kita pendekan cite , kita layan resepi k...
waduuuuh....ada tempahan . Almaklumlah yd ni adalah sikit2 bisnes kecil -kecilan .Terpaksalah yd abaikan buat sementara waktu.
Alahai panjang pulak celoteh yd ,,ni misti you all menyampah kan? meh lah kita pendekan cite , kita layan resepi k...
Anak2 yd ni kalau tak de kuah memang tak sah , yd buat kuah sup jer , bertambah nasi masuk kedalam pinggang suami yd , hu3 sedaaaap la tuuuu.
NASI MANDY ( kambing yaman al bayt)
BAHAN-BAHAN:-
- beras basmathi --yd beli yg dalam kotak, yang dah siap ngan beras450gm , rempah serbuk n rempah tumis..
- rempah serbuk mandy.
- rempah tumis mandy.
- 1/2kg kambing( daging n tulang , kat sini yd sikit derhaka , yd ganti ngan 1 ekor ayam .anak2 tak suka kambing ) Rebus kambing sehingga betul2 empuk ( tanpa garam .)
- 2 biji bawang besar.
- 5 biji bawang putih.
- 2 batang cili hijau
- 3 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu besar garam
CARA-CARA:-
- Rendam beras 20minit atau lebih kemudian toskan.
- Tumis rempah hidup (Kulit kayu manis , pelaga, dan lumi).2 biji hirisan bawang besar dan 5biji hirisan bawang putih. Apabila bawang garing masukan serbuk rempah mandy,tumis sebentar dengan api kecil 9 jgn hangus ) tutup api .(guna semua rempah tumis dan serbuk yg tersedia di dalam set, jangan derhaka tau.)
- Campurkantumisan bawang ,rempah dan beras kedalam periuk nasi elektrik.
- Letakan 2 sudu kecil pewarna kuning telur, 1 1/2 sudu kecil garam (halalgel ) dan 2 batang cili hijau.
- Masukan 600 ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
- tanak dalam rice cooker, tunggu nasi masak 80% gaulkan perlahan -lahan kemudian tutup balik biarkan sampai100% masak
CARA BUAT SOS HARRAH:-
- 2 biji tomato , 2 ulas bawang putih, 1 sudu kecil perahan lemon, daun ketumbar, cili padi dan sedikit garam.
- Kisar semua bahan tanpa air.
CARA BUAT SALAD ARAB:-
- 2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu.
- hiriskan halus2 1 labu bawang besar dan daun ketumbar.
- campurkan semua bahan kedalam mangkuk ,tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.
0 comments:
Post a Comment