Dapur My Family

Roti Pisang Goreng

0
Hai.... Apakhabar semua .Skarang dah tiba musim tengkujuh .kalau musim2 camgini pastinya terperaplah kat rumah .Nak keluar malas lah pulak ,sejuuuuk.Dah tu perut mulalah berirama ala2 dangdut .Layan jer lah ,,apa lagi menggoogle resepi lah untuk menambahkan berat badan hehehe...tu ha tak nampak keeer.Yd jumpa resepi ni kat blog corat coret . Nampak cam sedaaap jer. eeemmm tak rugi yd mencubanya .Kebetulan plak bahan pun ada ,apa lagi laju jer yd kedapur .Terima kasih pada corat coret kerna resepi mu mengeyangkan perut yd anak beranak .Resepi ni sesuai untuk sarapan pagi atau pun makan waktu petang..Pada sesapa yg nak mencuba resepi ni teruskan kerana rasanya tak rugi tau ......rasa lemak2 roti dan manis2 wangi pisang tanduk yg dijadikan inti didalamnya wallaaa,,,tak sodar habis satu pinggang,hehehe,,, malu lah plak al maklum lah yd ni kuat makan .Padan lah dengan badan gempaaaal.Izinkan yd paparkan disini reepi ya ,untuk tatapan mereka2 yg ingin mencuba.




BAHAN-BAHAN:-
  1. 2 cawan tepung gandum.
  2. 2 1/2 cawan air
  3. Sedikit marjerin ( yd agak2je dalam 1/2 sudu besar penuh )
  4. Garam secukup rasa.
  5. Secubit serbuk kunyit.
  6. Minyak untuk menggoreng.

CARA-CARA:-
  1. Satukan semua bahan kecuali roti dan pisang.
  2. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Pisang tanduk dihiris bulat2.
  4. Ambil 2 keping roti diintikan pisang tangduk.
  5. Panasakan minyak untuk menggoreng. ( yd guna minyak cukup2 je tenggelam roti )
  6. Potong roti ikut kesukaan
  7. Salut roti dengan bancuhan tadi.
  8. Goreng roti hingga kekuningan.

*Rangup diluar lembut didalam........enaknya roti  pisang goreng ni tau ,cuba jangan cuba,*

0 comments: