Terliur tak dengan mee basah yd ni .... misti tangkap leleh punya. Mee basah ni adalah santapan mlm yd anak beranak .Siang tadi yd tak masak,ada kenduri kawin , so yd angkut semua anak2 pergi ,yaaahuuuu tengahari tak payah masak .Haa... lepas maghrib si bongsu dah mula menanya nak makan apa ini malam .So mee kuning untuk sarapan pagi besok yd tukar jadi hidangan makan malam. bijak tak aku.....Ini mee simple aje ,itu je bahan yg ada ,janji perut kenyang . Betul tak... go....go....go ,layan resepi.
BAHAN-BAHAN:-
- 1 Peket mee kuning .
- 1 Labu bawang besar --dimayang sederhana nipis.
- 2 Ulas bawang putih--di ketuk.
- 1 Cawan dada ayam -- dipotong dadu ( tang ni ikut citarasa sendiri nak campak apa2je , lagi banyak bahan lagilah sedap ,tak gitu? )
- 1 Mangkuk sawi yg dah dipotong ( jangan mangkuk besar pulak ,mangkuk kecil je .)
- 1 Mangkuk taugeh.
- 1 1/4 cawan minyak jagung.
- 1/2 Cawan sos cili cap kipas udang.
- 2 @ 3 sudu besar kicap masin cap kipas udang.
- 3 Sudu besar cili giling .
CARA-CARA:-
- Panaskan minyak , tumis bawang putih hingga naik bau.
- pastu masukan bawang mayany tadi ,tumis sampai bawang layu.
- Kemudian masukan cili giling ,masukkan sedikit air untuk mengelakan rempah hangus . Kacau selalu.
- Bila rempah sedikit kering masukan 1/2 gelas air . Biarkan seketika.
- Pastu masukan sos cili ,kacau biar rata.( jika suka pedas boleh tambah 1/2 sudu cili padi yg dah di blend )
- Kalau nampak airnya terlalu kering masukan 1/2 gelas lagi air.biarkan mendidih seketika.
- Kemudian masukan ayam .sotong ,udang dan kicap ,biarkan bahan2 1/2 masak. kacau selalu agar tak melekat di dasar kuali.
- Pastu masukan 2 @ 2 1/2 gelas air ,biarkan mendidih , masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Basuh mee dan toskan pastu masukkan dalam kuali diikuti dengan sawi ,bila dah cukup rasa masukkan taugeh n sedikit perasa jika suka .
0 comments:
Post a Comment