Dapur My Family

Telur Masak Hancur

0
Ini adalah antara menu yg paling disukai  oleh anak bujang yd.
Tak ada lauk lain pun tak pe janji telur masak hancur.
 Resepi ni yd belajar dengan suami yd dan suami yd tentulah dia ambil dari masakan bondanya.
Suami yd cakap masa dia budak2 dulu bondanya sentiasa sibuk kalau masak pun ala kadar saja janji dapat makan  perut pun kenyang
.Lauk ni kalau dimakan ngan nasi panas lagi best


 Tapi bagi ydlah kalau nak makan ngan kuah yd n family lebih suka makan ngan kuah singgang.(singgang ikan tenggiri taupun ikan tongkol) .selera masing2.
Kalau nak cuba jom layan resepi..........

BAHAN-BAHAN:-
  1. 5 biji telur ( gred A)
  2. 4 ulas bawang merah. ( di cincang halus.)
  3. 2 ulas bawang putih( di cincang halus)
  4. 1 sudu besar cili boh.
  5. 7 sudu kicap masin (yd guna kicap cap kipas udang, kerana jenama kicap ni memainkan peranan dalam citarasa telur masak hancur)
  6. 4 sudu besar minyak jagung.

CARA-CARA:-
  1. panaskan minyak (jangan terlalu panas takut hangus bawang putih tu nanti).
  2. tumis bahan cincang hingga wangi.
  3. perlu di ingat sebelum kita menumis bahan tumisan ,misti pecahkan dahulu telur kedalam mangkuk bersama ngan cili boh n kicap.pukul sedikit supaya sebati semua bahan.
  4. masukan bahan telur ke dalam bahan tumisan tadi. biarkan seketika .bila adunan nampak sedikit masak dibawah balikan n biarkan seketika ,pastu bolehlah di hancurkan mengikut citarasa  sendiri.
  5. Kacau2 dalam 5 minit pastu sedia untuk dinikmati.

0 comments: