Dapur My Family

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

0
BAHAN-BAHAN:-
  1. 2biji telur gred A
  2. 1 cawan gula halus
  3. 1camca teh esen vanila.
  4. 1/2 cawan air panas
  5. secubit garam
  6. 1/2 cawan susu cair.
  7. 1/2 cawan minyak jagung.
  8. 1 cawan tepung gandum.( ayak)
  9. 3 camca besar  serbuk koko.( ayak )
  10. 1camca teh soda bikarbonat.( ayak)
  11. 1/2 camca teh beking powder.( ayak )

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE:-
  1. 250gm krim cheese.
  2. 60gm gula halus.
  3. 1 biji telur gred A.
  4. 1 camca besar air.
  5. 1 camca besar tepung gandum.

CARA-CARA:-
  1. Panaskan kukusan .Guna loyang 8x8 inci x3 inci. lenser ngan mentega.
  2. Alas dasar loyang ngan kertas minyak,lenser juga kertas minyak ngan mentega untuk elak dari melekat.
  3. UNTUK KEK COKLAT, putar gula n telur hingga kembang n pekat .Masukan esen vanila n garam , putar rata,tambah susu , air panas n minyak jagung.Putar sebati ngan kelajuan sederhana
  4. Masukan bahan ayak sikit2 n putar rata.(tepung gandum,serbuk koko,soda n beking ayak sekali)
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak.
  6. UNTUK LAPIS KEJU :Putar krim cheese n gula hingga sebati n licin.
  7. Masukan telur n putar hingga kembang, tambah tepung n air putar lagi hingga tidak berbintil bintil.
  8. UNTUK KEK KUKUS COKLAT LAPIS CHEESE: Tuang 1 bahagian kek coklat ,ratakan n tutup permukaan loyang ngan aluminium foil,kukus lebih kurang 20 minit ngan api sederhana.
  9. Pastu tuang krim cheese ,tutup ngan aluminium foil n sambung kukus lagi lebih kurang 20 minit.
  10. Pastu tuang lagi baki kek tadi,tutup ngan aluminium foil. Sambung kukus lagi 20 minit atau sampai masak
  11. Cucuk ngan lidi untuk pastikan kek masak atau tak .Kalau tak melekat kat lidi tu tandanya dah ok lah tu

0 comments: