Dapur My Family

Pecal Mangga Muda

2
Assalamualaikum.......Apakhabar semua para pemilik blog. Moga sihat semuanya .Kalau badan kita ok maka ok lah segalanya .Betul tak. betulah tuuuu , kan ...kan...kan.... Meh kita sihatkan badan ngan sedikit senaman iaitu menyagat buah mangga.



Hahaha........ kan dah berpeluh lengan tu, kurang lah sikit lemak yang duk menempel kat lengan tu.
Ini lah bentuk mangga yang dah di sagat .kalau tak ada penyagat boleh juga pakai pisau ,ngan cara mencincang mangga tersebut pastu hiris lah halus2 macam kat gambo ni.


Dah siap di sagat  kita rendamkan mangga ni lebih kurang 1/2 jam gitu ,untuk membuang sedikit masam gilerrrnya tu letak 1/2 sudu besar garam. Air tu biar lah sedikit tenggelam mangga cincang tersebut.


Taraaaaaa.......dah beres satu resepi my fav.  .lauk ni kalau makan ngan nasi panas2 wallaa.....tak sodar habis satu mangkuk yd bedal .Tapi satu pesanan ringkas dari yd  ,tu pun kalau korang nak dengor le ,
jangan makan banyak nanti berderet laaa kat tandas .apa lagi tunggu giliran laaaah...he2.
Satu lagi bagi ibu2 mengandung mungkin lauk ini dapat membantu selera yang tengah down sampai tergolek golek giler.kalau nak cuba resepi ni boleh ,silakan....

BAHAN-BAHAN:-
  1. 5 biji mangga muda ( dikupas kulitnya )
  2. 10 ulas bawang merah .
  3. 1 sudu besar serbuk lada hitam.
  4. 3 ekor ikan selayang. (rebus ngan sedikit air , agak2 tenggelam ikan dah le, sampai kering airnya )
  5. 1/2 biji kelapa .(jadikan 3 cawan santan,guna air panas tau .sebab lauk ni tak payah dimasak.)
  6. Garam secucup rasa .

CARA-CARA:-
  1. Rendam mangga yang dah di cincang selama 1/2 jam, pastu ramas2 mangga tersebut untuk mengeluarkan sedikit rasa masamnya.Toskan .
  2. blend 1/2 biji kelapa ( yg besar punya ya, kalau kelapa sebesar kepala lutut gunalah 1 biji )
  3. Jadikan 3 cawan santan. Ketepikan. (Masa nak memblend kelapa tu jangan luuupaaa air panasnya ya)
  4. masukan bawang merah ,lada hitam dan ikan yg direbus kering tadi kedalam blander ( jangan lupa asingkan dulu tulang ikan tersebut , tulang tu buang je lah atau bagi je kucing liar makan , taklah membazir he3 . kesian kat kucing ya)
  5. Ambil 1 cawan santan yg diperah tadi masukan dalam blender . ok boleh blend sekarang  ( janganlah terlalu hancur sangat bawang tu biarlah ala2 kasar sikit  , nanti bila kita makan adalah rasa kriuk2 bawang gitu eeeeeh.
  6. Last sekali bolehlah dicampurkan semua bahan tadi dalam satu bekas. perasakan ngan garam n serbuk aji jika suka. gaulbalikan ramuan agar sekata .ok beres dah boleh dimakan yumm eemm yummm nak tambah  nasi lagi boleh.........

SELAMAT MENCUBA

2 comments:

Anonymous said...

test

Anonymous said...

test